Isnin, 16 November 2009

Kerambit dikategorikan sebagai senjata pendek dan kecil. Senjata ini digunakan untuk meradak atau menghiris. Kerambit juga dipanggil dengan pelbagai nama mengikut daerah atau negeri yang lain seperti Lawi Ayam, kuku ayam, rambai ayam atau kerambi. Mata kerambit melengkung dan mempunyai mata yang runcing dan tajam. Berukuran antara 11.2cm hingga 30.5cm panjang dan lebarnya antara 2cm hingga 3.2cm. Hulu dan sarung kerambit diperbuat daripada kayu yang terpilih serta keras atau diperbuat daripada tanduk. Hulu yang berlubang di pangkalnya untuk dimasukkan ibu jari tangan. Sarungnya dibuat daripada kayu dan dikemaskan dengan simpulan atau cincin logam. Kerambit merupakan senjata yang merbahaya dan senang di sembunyikan ke dalam saku atau tempat yang tidak dapat dikesan pihak musuh. Kerambit digunakan sebagai senjata pelindung diri. Berbagai variasi bentuk kerambit dengan mata yang keras. Terdapat banyak lagi senjata-senjata lama yang masih belum di terokai yang kini akan pupus ditelan zaman era pemodenan. Sekiranya anda adalah diantara peminat senjata Seni Warisan Bangsa. Kami sedia untuk membuatnya mengikut cita rasa peminat yang cintakan khazanah bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan