Keris merupakan khazanah warisan nusantara yang sangat bernilai dari sudut keklasikannya dan sangat halus pembuatannya. Keris adalah senjata tradisional yang digunakan semenjak era zaman kepahlawanan suatu ketika dahulu. Keris sering digunakan pada malis adat istiadat Raja-raja,majlis-majlis perkahwinan dan lain-lain. Pada lain perkataan keris tidak dapat dipisah dalam dunia msysarakat melayu. Terdapat lebih dari seratus jenis dan bentuk keris dan berbagai huraian telah digunakan untuk menghuraikan dan membezakan bentuk-bentuk mata dan hulunya. Jumlah kelok mata keris tidak kira berapa panjangnya kebiasaannya ganjil. Dewasa ini di era zaman ini sangat sukar untuk mencari tukang-tukang keris yang kini semakin pupus, ditambah lagi kurang minatnya pelapis-pelapis muda untuk menceburi bidang ketukangan tersebut dahulu. Kalau ada pun tukang keris hanyalah segelintir sahaja yang meneruskan kerja itu. Oleh itu kami selaku anak watan ingin mengorak langkah mempertahankan seni ketukangan keris dan sebagai menyatakan kesungguhan itu kami telah mendirikan sebuah bengkel untuk membuat kerja-kerja yang berasaskan besi.
Membuat,memproses dan merekacipta sesuatu bentuk atau barang yang berasaskan besi. Besi adalah sesuatu unsur yang terdapat di perut bumi diambil diproses dan diolahkan mengikut rekacipta yang dicetuskan oleh para pecinta seni warisan bangsa yang tak luntur dek hujan dan tak lekang dek panas.Oleh itu kepada sesiapa yang berminat atau pecinta seni yang ingin memiliki sesuatu alatan tradisional seperti keris,kerambit,parang,dll bolehlah di alamatkan ke e-mel:(remakembara@gmail.com)
Jumaat, 20 November 2009
Isnin, 16 November 2009
Kerambit dikategorikan sebagai senjata pendek dan kecil. Senjata ini digunakan untuk meradak atau menghiris. Kerambit juga dipanggil dengan pelbagai nama mengikut daerah atau negeri yang lain seperti Lawi Ayam, kuku ayam, rambai ayam atau kerambi. Mata kerambit melengkung dan mempunyai mata yang runcing dan tajam. Berukuran antara 11.2cm hingga 30.5cm panjang dan lebarnya antara 2cm hingga 3.2cm. Hulu dan sarung kerambit diperbuat daripada kayu yang terpilih serta keras atau diperbuat daripada tanduk. Hulu yang berlubang di pangkalnya untuk dimasukkan ibu jari tangan. Sarungnya dibuat daripada kayu dan dikemaskan dengan simpulan atau cincin logam. Kerambit merupakan senjata yang merbahaya dan senang di sembunyikan ke dalam saku atau tempat yang tidak dapat dikesan pihak musuh. Kerambit digunakan sebagai senjata pelindung diri. Berbagai variasi bentuk kerambit dengan mata yang keras. Terdapat banyak lagi senjata-senjata lama yang masih belum di terokai yang kini akan pupus ditelan zaman era pemodenan. Sekiranya anda adalah diantara peminat senjata Seni Warisan Bangsa. Kami sedia untuk membuatnya mengikut cita rasa peminat yang cintakan khazanah bangsa.
Langgan:
Catatan (Atom)